Membazir !.
Ini sifat kegemaran kita. Saya lebih suka menyatakan membazir ini adalah salah satu daripada sifat saya sebelum ini. Bila kita membuat pesanan kepada penjual makanan kita kebanyakan daripadanya membuat pesanan berasaskan nasi. Nasi asalnya adalah beras. Namun setelah habis makan nasi kita lihat dan perhatikan berapa butir nasi yang ada tertinggal di atas pinggan atau bekas makanan? saya tidak mengatakan tertinggalnya sebutir dua di atas bekas anda bahawa anda seorang pembazir!. Bukan begitu maksudnya.
Namun apa yang saya ingin katakan adakah terdetik di dalam hati kita rasa betapa kita tidak menghargai walau sebutir nasi di atas bekas kita. Mungkinkah kita juga tidak merasa sebarang bentuk perasaan apabila nasi jatuh di luar bekas kita?. Semua orang di Malaysia ini kebanyakannya melakukan perkara ini. Mungkin juga terlupa atau tidak sedar. Ini adalah detik untuk kita menilai semula betapa kita secara zahirnya tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t secara tidak sengaja. Sehinggakan apabila ujian harga beras naik kita menjadi kelam kabut dan tak tentu arah. Kenaikan harga sebegini bukanlah sesuatu yang baru kepada kita. Di Malaysia kenaikan harga ini bukan setakat beras malah kita turut terbeban dengan harga tepung, gula, ikan, Minyak Masak malah Minyak Kenderaan. Malah menjadi lebih serius apabila kebanyakan media menyebarkan keadaan ini seperti terlalu kritikal dan boleh membawa kepada keadaan rakyat Malaysia akan kebuluran.
Berapa banyak majlis yang kita laksanakan di Malaysia ini?. Persoalannya bukanlah berapa banyak majlis yang kita pernah dan akan laksanakan tetapi berapa banyak majlis yang melibatkan pembaziran yang banyak. Soalan yang lebih penting lagi berapa banyak pembaziran makanan yang kita bazirkan. Sikap sebegini bukan sahaja di luar rumah malah di dalam rumah juga kita melakukan pembaziran yang sama. Bermakna sikap kita yang suka membazir daripada rumah terbawa-bawa hingga ke luar hinggalah kepada majlis-majlis rasmi yang melibatkan penyediaan makanan. Sikap sebegini sebenarnya patut dihentikan dengan segera. Setelah kita sedar barulah kita bertindak ke peringkat yang seterusnya.