KADAR "BUNGA" PTPTN ANDA ?

Pinjaman PTPTN anda.

Apa perasaan anda bila masuk universiti buat pertama kalinya?. Gembira dan teruja. Namun itu cuma perasaan awal sahaja keadaan kegembiraan akan bertambah apabila anda mendapat pinjaman. Sewaktu saya belajar di UiTM dalam tahun 1998-2001 masa itu saya antara kumpulan yang mendapat pinjaman PTPTN.

Kini keselesaan itu merupakan satu liabiliti untuk pelajar yang berhutang dengan PTPTN. Lihat saja penyata anda berapa kadar bulanan yang terpaksa ditanggung untuk membayar hutang. Tidak termasuk bayaran bulanan ditambah lagi dengan kadar bunga. Namun dari segi perundangan kita sebagai peminjam memang tidak berhak menafikan kadar bunga tersebut. Namun bagi pihak yang berwajib yang mementingkan kebajikan rakyat pasti sedar pelajar masa kini cuma ada pendidikan tinggi tapi tersiksa dengan liabiliti hutang dan tekanan mendapatkan pekerjaan yang wajar. Jika difikirkan dengan wajar adilkah pelajar kita perlu menanggung liabiliti hutang pelajaran sedangkan kita merupakan penyumbang utama kepada pembangunan dan pelaksanaan negara?. Jika ada badan atau pihak yang berwajib memahami kenyataan ini sila beri maklumbalas. Jangan katakan kepada kami bahawa kami memilih kerja atau seumpamanya sebab itu bukan penyelesaian tapi ulasan.

No comments: